Tuesday, October 12, 2010

Evolusi IM Tempatan (Bahagian 1)

Perkembangan industri perniagaan internet terutamanya pemasaran informasi di internet di Malaysia telah melalui evolusinya sendiri.

Kita lihat sekarang semakin ramai yang berminat untuk mencuba menjadi seorang 'internet marketer' atau pemasar internet selepas dari satu nama ke satu nama muncul sebagai 'hero' yang berjaya buat duit lumayan di internet.

Jika kita balik semula ke beberapa tahun kebelakang perkembangan IM tidaklah semeriah sekarang. Kebanyakkan dari pelopor IM tempatan bermula dengan pasaran antarabangsa dan apabila mereka ini berjaya kejayaan mereka dikongsikan dengan melalui seminar-seminar perniagaan internet yang dijalankan.

Penghasilan buku-buku mengenai perniagaan internet dan potensinya untuk menjana wang lumayan juga tumbuh satu demi persatu dan sehingga kini penghasilan buku-buku tentangnya tumbuh bagai cendawan. Maka dikala itu timbullah nama-nama seperti irfan Khairi, Patric Chan, Ewen Chia dan sebagainya dan mereka dijadikan sebagai Idola.

Generasi selepas itu yang mana merupakan pelajar-pelajar, pengikut-pengikut serta peminat-peminat memulakan langkah dengan cuba untuk mencipta pasaran tempatan.

Pelbagai cara telah digunakan dan pelbagai teknik serta strategi telah di cuba dan mereka menempuh kegagalan dan kejayaan.

Ini kerana ada juga ilmu yang dipelajari yang mana ilmu-ilmu tersebut telah digunapakai di pasaran antarabangsa namun ada sesetengahnya tidak sesuai untuk diaplikasikan di pasaran tempatan. Bukan ilmu itu tidak sempurna tetapi pasaran ketika itu masih tidak bersedia untuk menerimanya.

Nama-nama seperti Zamri Nanyan, Shuth, Gobala Krishnan, Zulfadli, Zolkifli dan beberapa nama lagi yang tidak disebut di sini mula mewarnai pasaran tempatan mengikut kepakaran masing-masing. Dan sehingga kini nama-nama ini masih bersinar dan menjadi idola kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bidang ini.

Generasi selepas itu mungkin bernasib baik. Nama-nama seperti Ammar Zahar, Jamal, Razif Yusof dan lain-lainnya mula mengorak langkah mendapatkan ilmu-ilmu serta teknik-teknik yang betul untuk berjaya di pasaran temapatan.

Kini nama-nama ini gah di pasaran tempatan dan tiba giliaran mereka pula menyebarkan ilmu-ilmu kejayaan mereka kepada generasi terbaru dan ada diantara pemain-pemain baru ini mampu melonjakkan nama dengan begitu cepat.

Jika dilihat generasi pertama mungkin agak sukar untuk mencipta pasaran tempatan kerana waktu itu pasaran tempatan belum lagi sedia untuk menerimanya.

Generasi kedua mula mencipta pasaran dengan rujukan dari generasi pertama. Generasi kedua telah melalui pelbagai liku bagi mencipta pasaran. Setelah pasaran telah mula dibina generasi seterusnya dieksperimentasikan untuk mengembangkan pasaran tersebut dan ianya berkembang dan berkembang sehingga kini.

Generasi kini mungkin tidak perlu lagi untuk melakukan pelbagai eksperimen untuk menjana wang di internet kerana perjalanan ilmu perniagaan interenet tempatan itu sendiri telah melalui laluan evolusinya. Ilmu yang hampir-hampir lengkap... dan apa yang harus pelajar-pelajar IM ini lakukan adalah mengikutinya satu persatu langkah demi langkah.

Ini terbukti setelah beberapa nama yang muncul yang mampu melonjakkan diri mereka di pasaran tempatan dengan begitu cepat sekali. Bukan sahaja nama malah mereka ini mampu menjana bukan sahaja puluhan malah ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran temapatan sahaja.

Ammar Zahar, Jamal, Mawardee dan beberapa nama lagi merupakan contoh terbaik bagaimana mereka mampu melonjakkan nama mereka dan menjana ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran tempatan.

Dan ada diantara mereka yang telah mengukir nama di pasaran tempatan kini mula menembusi pasaran antarabangsa dan berjaya memiliki gandaan pulangan yang sangat lumayan.

Kini nama-nama seperti Muaz Hadi dan Gero Azrul yang mana merupakan protege saudara Jamal mula mencipta nama dan nama mereka sering diperkatakan di pasaran tempatan dan masing-masing dengan kepakaran masing-masing namun mempunyai tujuan yang sama iaitu menjadi seorang pemasar informasi di internet yang berjaya.

Apa yang ingin saya sampaikan di dalam artikel ini adalah ilmu pemasaran informasi di internet di dalam pasaran tempatan kini telah melalui evolusinya. Kini pada sesiapa yang serius untuk berjaya di dalam bidang ini tidak perlu tunggu lama untk capai kejayaan. Kini telah tumbuh ramai nama-nama yang layak untuk dijadikan mentor yang bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu yang berkesan malah mampu menjamin kejayaan anda. Hanya perlukan ilmu yang betul dari mentor yang betul dan bertindak dengan tindakan yang betul.

Untuk bahagian 2 nanti saya akan kongsikan pula apakah suasana trend terkini bagi pemasaran internet tempatan.

p/s – kepada mereka yang saya tidak sebutkan nama saya harap tidak berkecil hati kerana saya hanya mengambil contoh segera yang terlintas di minda saya ketika menulis artikel ini.

Zahrul Azua Kamaluddin

http://www.suratjualan.com/

http://www.pemikatjualan.com/

Sphere: Related Content

1 comment: