Tuesday, October 12, 2010

Evolusi IM Tempatan (Bahagian 1)

Perkembangan industri perniagaan internet terutamanya pemasaran informasi di internet di Malaysia telah melalui evolusinya sendiri.

Kita lihat sekarang semakin ramai yang berminat untuk mencuba menjadi seorang 'internet marketer' atau pemasar internet selepas dari satu nama ke satu nama muncul sebagai 'hero' yang berjaya buat duit lumayan di internet.

Jika kita balik semula ke beberapa tahun kebelakang perkembangan IM tidaklah semeriah sekarang. Kebanyakkan dari pelopor IM tempatan bermula dengan pasaran antarabangsa dan apabila mereka ini berjaya kejayaan mereka dikongsikan dengan melalui seminar-seminar perniagaan internet yang dijalankan.

Penghasilan buku-buku mengenai perniagaan internet dan potensinya untuk menjana wang lumayan juga tumbuh satu demi persatu dan sehingga kini penghasilan buku-buku tentangnya tumbuh bagai cendawan. Maka dikala itu timbullah nama-nama seperti irfan Khairi, Patric Chan, Ewen Chia dan sebagainya dan mereka dijadikan sebagai Idola.

Generasi selepas itu yang mana merupakan pelajar-pelajar, pengikut-pengikut serta peminat-peminat memulakan langkah dengan cuba untuk mencipta pasaran tempatan.

Pelbagai cara telah digunakan dan pelbagai teknik serta strategi telah di cuba dan mereka menempuh kegagalan dan kejayaan.

Ini kerana ada juga ilmu yang dipelajari yang mana ilmu-ilmu tersebut telah digunapakai di pasaran antarabangsa namun ada sesetengahnya tidak sesuai untuk diaplikasikan di pasaran tempatan. Bukan ilmu itu tidak sempurna tetapi pasaran ketika itu masih tidak bersedia untuk menerimanya.

Nama-nama seperti Zamri Nanyan, Shuth, Gobala Krishnan, Zulfadli, Zolkifli dan beberapa nama lagi yang tidak disebut di sini mula mewarnai pasaran tempatan mengikut kepakaran masing-masing. Dan sehingga kini nama-nama ini masih bersinar dan menjadi idola kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bidang ini.

Generasi selepas itu mungkin bernasib baik. Nama-nama seperti Ammar Zahar, Jamal, Razif Yusof dan lain-lainnya mula mengorak langkah mendapatkan ilmu-ilmu serta teknik-teknik yang betul untuk berjaya di pasaran temapatan.

Kini nama-nama ini gah di pasaran tempatan dan tiba giliaran mereka pula menyebarkan ilmu-ilmu kejayaan mereka kepada generasi terbaru dan ada diantara pemain-pemain baru ini mampu melonjakkan nama dengan begitu cepat.

Jika dilihat generasi pertama mungkin agak sukar untuk mencipta pasaran tempatan kerana waktu itu pasaran tempatan belum lagi sedia untuk menerimanya.

Generasi kedua mula mencipta pasaran dengan rujukan dari generasi pertama. Generasi kedua telah melalui pelbagai liku bagi mencipta pasaran. Setelah pasaran telah mula dibina generasi seterusnya dieksperimentasikan untuk mengembangkan pasaran tersebut dan ianya berkembang dan berkembang sehingga kini.

Generasi kini mungkin tidak perlu lagi untuk melakukan pelbagai eksperimen untuk menjana wang di internet kerana perjalanan ilmu perniagaan interenet tempatan itu sendiri telah melalui laluan evolusinya. Ilmu yang hampir-hampir lengkap... dan apa yang harus pelajar-pelajar IM ini lakukan adalah mengikutinya satu persatu langkah demi langkah.

Ini terbukti setelah beberapa nama yang muncul yang mampu melonjakkan diri mereka di pasaran tempatan dengan begitu cepat sekali. Bukan sahaja nama malah mereka ini mampu menjana bukan sahaja puluhan malah ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran temapatan sahaja.

Ammar Zahar, Jamal, Mawardee dan beberapa nama lagi merupakan contoh terbaik bagaimana mereka mampu melonjakkan nama mereka dan menjana ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran tempatan.

Dan ada diantara mereka yang telah mengukir nama di pasaran tempatan kini mula menembusi pasaran antarabangsa dan berjaya memiliki gandaan pulangan yang sangat lumayan.

Kini nama-nama seperti Muaz Hadi dan Gero Azrul yang mana merupakan protege saudara Jamal mula mencipta nama dan nama mereka sering diperkatakan di pasaran tempatan dan masing-masing dengan kepakaran masing-masing namun mempunyai tujuan yang sama iaitu menjadi seorang pemasar informasi di internet yang berjaya.

Apa yang ingin saya sampaikan di dalam artikel ini adalah ilmu pemasaran informasi di internet di dalam pasaran tempatan kini telah melalui evolusinya. Kini pada sesiapa yang serius untuk berjaya di dalam bidang ini tidak perlu tunggu lama untk capai kejayaan. Kini telah tumbuh ramai nama-nama yang layak untuk dijadikan mentor yang bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu yang berkesan malah mampu menjamin kejayaan anda. Hanya perlukan ilmu yang betul dari mentor yang betul dan bertindak dengan tindakan yang betul.

Untuk bahagian 2 nanti saya akan kongsikan pula apakah suasana trend terkini bagi pemasaran internet tempatan.

p/s – kepada mereka yang saya tidak sebutkan nama saya harap tidak berkecil hati kerana saya hanya mengambil contoh segera yang terlintas di minda saya ketika menulis artikel ini.

Zahrul Azua Kamaluddin

http://www.suratjualan.com/

http://www.pemikatjualan.com/

Sphere: Related Content

Sunday, October 3, 2010



Sudah ada akaun Paypal?

Sudahkah miliki akaun Paypal yang Verified? Jika belum, ia adalah satu kerugian kerana dengan akaun Paypal, kita boleh menerima bayaran daripada sesiapa sahaja dari seluruh dunia dalam masa beberapa saat sahaja.

Jika anda berniaga di Internet, adalah satu kelebihan jika memberi pilihan kepada pelawat (prospek) untuk membayar menggunakan kad kredit, kad kredit atau terus melalui akaun Paypal mereka.

Jika belum memiliki akaun di Paypal, usah peningkan kepala dengan mencari sendiri informasi di Internet. Masa adalah amat bernilai pada masa sekarang. Ebook panduan di sini boleh memudahkan usaha anda untuk memiliki akaun Paypal dan memahami asas-asas penting:


Ebook ini mudah difahami, langkah demi langkah dan yang paling penting, maklumatnya adalah yang terkini. Ia mula ditulis pada bulan Jun 2010 dan akan dikemaskini jika ada perubahan.

Yang ikhlas,
Firdaus

PS. Dengan merujuk panduan itu, sebahagian persoalan mengenai Paypal akan terjawab:


Sphere: Related Content

Monday, August 30, 2010

Pemasaran Internet Menerusi Program Affiliate

Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi program affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya program affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna – pengguna internet.

Program affiliate adalah merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama diantara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.

Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan - kenalan
mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai program affiliate yang ditawarkan.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.

Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen – agen affiliate. Anda boleh focus dengan kerja – kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan – pelanggan anda.

Untuk membangunkan program affiliate, system affiliate adalah diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan program affiliate ini iaitu menerusi:

1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System

Terdapat pro dan kontra untuk kedua – dua kaedah ini. Kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar “yuran” setiap bulan.

Sekiranya kita menggunakan self-hosted affiliate system pula, kebiasaannya kita memerlukan kemahiran teknikal untuk memasangnya ke dalam laman web jualan kita.

Anda mungkin memerlukan penerangan lanjut tentang pemasangan system affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut di




Sphere: Related Content

Thursday, August 5, 2010

Mulakan Perniagaan Internet Anda Sekarang !

Salam,

Baru-baru ini saya telah terjumpa dengan sebuah website yang menawarkan pakej pembelajaran online, BISNES INTERNET.

Ilmu yang diberi memang superb. Dah lah bahasa yang digunakan sempoi sahaja.

Apa yang lebih menarik, ilmu ini disampaikan oleh IM tempatan, Raja Kamil. Nak dijadikan cerita, beliau sanggup mengajar secara PERCUMA.

PERCUMA tu beb...tak percaya, try lah tengok sendiri di rajakamil.info sekarang.

Betul....
Sphere: Related Content

Friday, May 14, 2010

Quantum Pendant

Satu produk telah dihasilkan dari teknologi nanocluster.

Dapatkan Scalar Energy Pendant untuk mendapat tubuh badan sihat berkekalan.

Scalar Energy Pendant mengandungi lebih 70 unsur mineral semulajadi yang diperolehi daripada batu gunung berapi di Jepun dan Jerman.

100% Original

Produk ini telah berjaya dijual di 150 negara dan jumlah unit jualannya telah melebihi 2 juta unit.

Sphere: Related Content

Thursday, March 4, 2010

Siri Permainan Pendidikan Untuk Anak-Anak

Siapa yang ada anak tentu tahu bertapa kuatnya kuasa pujukan anak-anak kecil untuk meminta ibubapa mereka membelikan sesuatu. Ibubapa mana yang sanggup mendengar rengekan anak? Dan anda juga akan tahu bertapa kuatnya kasih sayang antara ibubapa kepada anak-anak mereka sehingga mereka sanggup untuk berlapar asalkan anak mereka kenyang.



Memperkenalkan games mewarna online berunsur Islam pertama dalam Bahasa Malaysia, Games Mewarna AnakkuSayang.
Sesuai untuk anak 2 - 7 tahun.


"Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun"

Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

Sphere: Related Content

Wednesday, January 27, 2010

Strategi Kuasai Bahasa Inggeris

Bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan berkesan?

Penguasaan Bahasa Inggeris pada masa kini amat penting terutama untuk membantu kita dalam pembelajaran dan pekerjaan.

Kini masalah yang anda hadapi untuk menguasai Bahasa Inggeris bakal berakhir.


Ya, dapatkannya SEKARANG.

Kuasai Bahasa Inggeris




Sphere: Related Content